Dalam diam2 nak masuk 6 bulan dah si budak nakal plus tembam nih. Asyik mengigit tangan jek. Muka tuh abis dah merah2 akibat air liur yang berjejeran. Tu lah masa ngandung tak sempat nak melantak nasi beriyani INSAF…sekarang nih apa dah jadi. Tapi tak seteruk auntie Qaseh dia, siap leh buat waterfall :) ).

SEkarang baby Rayyan dah pandai angkat tangan suruh orang dukung dia atau amik dia dari walker ataupon jumperoo dia. Kalu tak amik siaplah berdrama cekerama la dia…air mata semua keluar. Biler dah amik, siap marah lagi lepas tuh senyum2 kambing. Haih nakal nih. Lagi satu tebiat dia, pantang dengar atau tengok babah dia balik sure semua orang tak layan dah. Dia nak jugak suruh bapak dia dukung dengan main dengan dia. Tak sempat hubby nak mandi n tuka baju dah kena layan dia.

Tido patern Baby Rayyan…suka tido lewat dalam kul 10 ke 11.30 mlm lepas tuh bangun kul 5.00am untuk main dengan hubby. Apa lagi cik hubby sekarang dah jadi mata panda dah :) ). Tapi lepas kul 6 lebey, Baby Rayyan mesti tido balik n bangun dalam kul 9.20am. After bangun, tuka pampers yg bapak penuh then bawak turun bawah untuk makan time. Actually, kiteorg dah bagi Baby Rayyan makan since dia 4 bulan 2 minggu, kiteorg kasi heinz fruit & vege puree. Kegemaran dia ialah pumpkin & sweet corn (weekk tak cedap pon), apple & mango, pumpkin & carrot. Paling dia tak fav ialah pear & banana. Ader gambar dia masa dia jelir lidah masa suapkan pear & banana.  Sekarang nih alhamdullilah, Baby Rayyan telan jek apa yang kiteorg kasi. Satu botol heinz tuh untuk 1 hari iaitu 3 kali sehari. So sekarang dah masuk 5 bulan setengah, kiteorg kasi dia rice cereal. Mula2 dia tolak, tapi lepas kiteorg campur pureen heinz dlm makanan dia baru dia nak makan. Kalu tak seksa. Oh ya, rice cereal tuh hanya waktu tengahari jek sebab tak nak overfeed dia sangat.

Cuba tengok telatah Baby Rayyan untuk 5 bulan nih :

Baby Rayyan buat operation ke atas Babah dia

Baby Rayyan buat operation ke atas Babah diaSyoknyer berangan ek sayang....

Duduk tanpa dipegang

Duduk tanpa dipegang

Bouncer 299, Kampung Gombak Setia

Bouncer 299, Kampung Gombak Setia

Pandai membodek & bermanja

Pandai membodek & bermanja

Dah pandai tarik kaki...tak lama lagi masuk mulut la jawabnyer

Dah pandai tarik kaki...tak lama lagi masuk mulut la jawabnyer

Syoknyer berangan ek sayang....
Syoknyer berangan ek sayang….
Baby Rayyan Monkey Face

Baby Rayyan Monkey FaceTerer lah tuh pegang botol satu tangan jek...Tok Nyang....dukunglah saya

Weekend yang lepas Tok Babah Rayyan bawak kiteorg semua balik ke kampung beliau yang terletak di Endau-Rompin dan border Mersing. Nama kampung tuh Penyabung aka Kampung Sungai Bebuta. Actually, dah banyak kali dah dia suruh kiteorg balik tapi mesti banyak hal nyer. Tambah2 lagi hubby lak nak dekat hujung tahun nih cam banyak kerja kat office dia. Nama jek IT Manager tapi busy nyer mengalahkan GM Hotel :) ). So termakbul lah jugak bawak baby Rayyan balik kampung yang mengambil masa lebey kurang 6 jam perjalanan ikut highway Karak. Kalu ikut PLUS utara-selatan lagilah lumpy sebab dah turun ke JB kena naik balik menghala ke terrengganu lak.

So biler balik ke kampung berbagai2 lah request kiteorg termasuklah Tok Babah Baby Rayyan nih. Siap suruh nenek kampung masak nasi dagang lah, udang bercili lah, asam pedas lah. Hhuhuhuhuhuhu nasib baiklah umo dah nak dekat 80 tahun, nenek rock saya masih kuat untuk pergi ke pasar basah Mersing dan masak. Kenapa panggil nenek saya nenek kmapunglah, nenek rock lah. Jeng jeng…. panggilan nenek kampung tuh adalah kerana pada masa tuh kiteorg ader tiga nenek and tiga datuk. Belah mak separtner dan belah bapak 2 partner. So, disebabkan kiteorg rapat dengan belah mak nyer parents so kiteorg kekalkan nenek n atuk. Belah bapak kiteorg panggil nenek kampung@nenek rock or atuk kampung and satu lagi partner kiteorg panggil Nenda.

So biler balik kampung, baby Rayyan mulalah mengelisah sebab panas. Haih budak zaman sekarang nih pantang panas sikit dah nak mengamuk. Macam mana nak ajak pi jungle tracking nih. Tapi alhamdullilah dia lah tak meragas atau aper…