Dah lama dah sebenarnyer planning nak buat stories abt three of us tapi tak berkesempatan. Ada jek kerja atau benda menghalang. Insya-Allah tajuk nih akan dihabiskan jua walau macam mana pon….

2002 – Multimedia University, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Masa tuh me amatlah active dalam aktivti berforum dan juga berweb server nih. Masa tuh kat MMU kiteorg maner ader entertaiment lain. Nak harap bilik tv…haram… sebab apa kena berebut rancangan n selalunyer dimonopoli oleh budak-budak amoi or senior. So jalan paling senang kietrog download citer, tv series, anime or other rancangan berbentuk hiburan utk tatapan sendiri. Then the demand for tv series n anime pon melonjak. Maka muncul lah webmasters dari pelbagai falkuti yang menawaarkan perkhidmatan download benda2 nih semua termasuk software utk warga MMU. Bak pepatah Inggeris cakap “Sharing is caring”. So masa tuh pulak forum dicussion pulak tengah hot. Bukan discuss pasal apa pon…cuma bertukar2 pendapat pasal anime n software. Then min tak tulun pet bro tulun ajarkan cara2 setupkan webserver. Berguru dalam seminggu, alhamdullilah dpt jugak siapkan satu webserver yang share anime, song, software n music video n satu lagi tambah perkhidmatan printing & burn cd. Sebab masa tuh siapa ader cd burner tuh kira jackpot lah. Kira taiko la jugak. Tapi kalu utk bebudak FCM, cd burner tuh is a must. Kalu tak mau pengsan dibuatnyer….

So, pada satu hari forum yang selalu disertai iaitu NEO PLAYGROUND pon buatlah gathering utk bebudak webserver. Masa tuh la nak tengok muka budak2 webserver master nih. :) ). Nak kata yang dtg semuanyer hencem….tuh tak der la kan…. but u can expect mostly nerdo… tapi ader gak yg jenis ganas sikit :) ). Dalam banyak2 saya sorang jek perempuan yang buat webserver masa tuh :P Nama webserver saya ialah Little Princess Webserver. Kenapa little princess walaupun saya bukanlah kecik orangnyer :P Sebab nama tuh amat sesuai dengan kelakuan saya. Princess kecik nih selalu nyer suka berdikari kan… samerlah seperti saya :P

Kawan yang selalu borak dalam forum tuh dtg lepak sekali. Lagi gamatlah dibuatnyer. Tokei Neo Playground Mus pulak sibuk nak tubuhkan persatuan webserver utk MMU. Sebab boleh dikatakan MMU ketika itu mempunyai lebey kurang 15 webserver power tidak termasuk MMU mlk or yang biasa2 nih. So, Mus rasa amat patutlah webserver nih didaftarkan sebagai persatuan rasmi disamping mengajar bebudak MMU mengenai IT. Tapi satu jer masalah, webserver MMU nih share benda yang kira illegal kat dunia luar spt music video, song n tv series. Anime tuh still boleh kompromi sebab ader yang free source.

So dijadikan cerita, pada gathering tuh jugaklah saya telah membuat temujanji dengan dua rakan webserver saya iaitu Zerafat n Sumomo Chan webserver aka Akmal aka hubby sekrang :P Dahlah saya dtg gathering terlewat setengah jam dengan muka basi sebab baru bangun tido….baju pon tak tuka :) ). Kata nerdo :D Rambut pon ala2 ikat biasa jek. Dtg2 duduk dengan muka tak bersalah. So after berdiscussion, majlis pon bersurai or dgn erti kata lain majlis suai kenal pon bermula. So, kenallah zerafat n akmal. Mula2 masa tgh dicussion tuh sekodeng gak mana satu sumomo chan nih. :) ). Tersalah orang rupanyer…..aku ingatkan zerafat tuh akmal…akmal tuh zerafat. Yerlah maner la tahu orang mauritious tuh putih2 belaka….ingatkan gelap :P Masa tuh akmal dtg dengan rambut afro dia n kulit gelap.

So, after suai kenal baru lah tahu yang akmal tuh yang rambut afro n zerafat tuh yang cerah…ekekekekeke So after bersurai… me balik ke bilik n start la download n chatting dgn kengkawan. Malam tuh me, zerafat n akmal pon berboraklah…mula2 ingat akmal dah tak nak layan budak sememeh nih.. Yerla buzz berkali tak jawab…kecik hati jugaklah kan. Rupa2nyer dia sambung borak kat bilik mus. Padanlah aku mesg buat bodo jek…

After dua hari selepas gathering, saya pon ajaklah dua orang mamat nih keluar ke kl. Teman amik gambar utk assignment. Masa tuh pon zerafat memang suka keluar kl so kenalah tuh. Akmal pulak ikut Zerafat jek.  So sepanjang perjalanan ke kl tuh, me n Zerafat borak ajer. Boleh dikatakan kiterorg berdua byk kongsi cerita daripada akmal. Akmal pulak jenis dengar cd lepas tuh ngorok dlm bas. Dua  tiga kali gak kiteorg keluar bertiga bersama… sampailah satu hari tuh kiteorg lawan status kat yahoo tapi guna bahasa lain. Mulakan tuh zerafat dengan akmal lah. Then me mesg akmal tanya apa mesg dia maksudkan. Dia kasi satu website nih yang boleh translatekan bahasa lain2 ke english. Apa lagi perang status lah.

Tetiba, Zerafat buat status yang paling kontroversi….iaitu Akmal fall in love with Lydia… mak ai tergamam beb masa tuh. Yerlah tak sangka benda tuh leh jadi mcm nih kan; Kiter kan friend jek. Kalu diikutkan…me suka lagi Zerafat daripada Akmal.  Zerafat lagi happy go lucky. Mamat nih serius semacam. So me mesg Zerafat personally, tanya apa maksud zerafat buat status mcm tuh. Zerafat kata, Akmal pernah ckp dengan dia yang Akmal sukakan saya…alamak. Suka mcm mana tuh tak tahulah kan. So, saya pon  buatlah status kata “Kalu suka apalagi bagitahu lah betul2″ Akmal pulak jawab “So…kira jadilah nih” terus saya tergamam n masuk tido…. Blushing dibuatnyer dengan mamat dua ekor nih.

Keesokkan harinya, saya mesg Akmal utk tanya dia betul ker apa yang dia maksudkan tuh tapi mamat nih pulak tak ader. Dia pergi conference dengan MUS utk IT. MMu banyak buat conference utk student2 dia dlm bidang networking n IT. Punyalah buzz dalam dua jam baru dia jawab. Tanya dia betul ker dia suka kat saya. Masa tuh tak der la tak available cuma tgh jadi part time lover dengan senior :”> So dia pon kata memang dah lama suka dah. Suka cara pergaulan semua n kalu boleh apa salahnyer kiter teruskan lebey dari kawan. Tergamam sekejap…Masa tuh roomate aka best fren ader dlm bilik. Siap suruh dia baca sekali… ekekekeke Borak2 nyer borak….me ajak dia jumpa. Then kiteorg pon jumpa n dia bawak jejalan ke tasik MMU. Tasik busuk tuh jugak jadi tmpt mencurah perasaan kiteorg :) ). So pergilah kat tasik mmu ni sambil berborak. Then kat depan tasik tuh Akmal pon meluahkan rasa hatinya utk berkapel… Saya pon minat jugak dgn dia sebab dia nih jenis misteri..so adventure sikit kalu kapel :) ). So, I just say yes. Tak sangka pulak kapel punya kapel….sampai 6 tahun kiteorg bercinta. Masa mula2 masing ingat boleh bertahan 6 bulan jek. Sebab selama nih pon saya dengan bf yang lain paling lama 4 bulan jek. Bukan kata player….sebab saya langsung tak lawa…badan jenis hcubby semua maner org nak…cinta tuh budak lelaki hanya suka2 jek.

Cuma dengan akmal nih tahan lama sebab dia seorang yang caring, memahami, menolong, sayang saya sepenuh hatinya n dialah segalanya buat saya (kawan, sahbat n teman). Boleh dikatakan aktiviti kieorg di MMU buat samer2…tak leh pernah kiteorg buat hal sendiri2. Dia manjakan saya n terlalu menyayangi saya. Kalu saya malas nak beli mkn malam, dia akan jalan dari HB1 ke HB4 or HB3 just utk belikan makan utk saya dan naik semula tingkat 5 ke bilik dia. Setiap weekend dia dtg rumah, tulun saya angkat baju kotor, jaga nenek n atuk n kerja2 kat rumah nih. Mcm mana tak sayang dia sepenuh hati…sebab tak der lelaki yang sangat buat keje mcm tuh tau. Dia tak kisah tgk muka saya mcm hantu pontianak ker atau apapun.

Bisnes printing mula meletup2 sampai majalah MMU nak temuramah atas kejayaan saya dan tak pernah Akmal ckp yang dia dah bosan dengan saya sebab saya asyik suruh beli makanan atau pergi lowyat beli ink or hantar printing ke orang. Itulah pengorbanan dia terlalu besar utk saya. Tak der dia menolong saya waktu MMU, takkan saya abis ijazah dengan cemerlang…

 

2006- Crown Princess Kuala Lumpur

Masa tuh baru abis grad. Tak tahu nak carik keje apa. Sebab dah apply semua design company tapi satu pon tak der yang balas sebab masa tuh advertising nyer permintaan dah menurun sikit. So, mintak tulun uncle ipar utk dptkan keje sebagai reservation kat Crown Princess Kuala Lumpur. Gaji dalam seribu lebey. Bolehlah. Pergi keje naik lrt, makan hotel tanggung. Duit bulat2 masuk poket kan. Dari kengkawan yang lain keje sampai kul 4 pagie. Gaji samer jek.

Akmal lepas grad terus carik keje kat Low Yat sebab sale assistant. Gaji dalam RM1500 to RM1700. Boleh dikatakan byk jugaklah. Dia banyak gak support duit beli handbag semua. Masa tuh tak der komitment nak kawen. Dah empat bulan keje kat low yat, Mus dptkan dia keje sebagai IT assistant kat Cyberview Lodge Resort n Spa sebab Mus dpt offer kat tmpt lain n dia nak Akmal gantikan tmpt dia. So, Akmal pergi interview….alhamdullilah rezeki dia terus dpt keje. Wlaupun designation tulis IT assistant tapi tanggungjawab Akmal mcm IT Manager. Sebab IT department tuh dia yang kongker. So kekallah dia sebab IT assistant aka IT Manager dengan gaji starting RM1800. So dah nak masuk 3 tahun dia keje kat sana n dua kali dpt manager of the quater n sekarang dah naik pangkat jadi Corporate IT Manager n kawal a few hotel under him. Nih rezeki kawen n rezeki anak nih.

So, after dia dah stabil dalam setahun lebey keje, dia pon proposed utk kawen. Masa tuh jugak, I just lost my beloved grandma (Al-fathihah) n dia selalu tido di rumah teman my arwah datuk. So takut jiran2 ckp apa2 kiteorg pon decide utk tied the knot after 6 years bercinta. So, Januari 2008 we had grand, lovely n memorable wedding. Malah wedding kiteorg masuk a few majalah seperti Ratu Sehari n etc.

Actually byk yg jangka n tidak menjangka kan yang kiteorg akan berkahwin. My former boss masa pratikal siap mendoakan yang kiteorg takkan berkahwin but we had proved to her that our love is strong! Ader ker mendoakan benda yg tak baik nih. Kengkawan kiteorg byk gak yg mengutuk masa kiteorg bercinta di MMU dulu. Ader kengkawan sampai ckp…Akmal terpikat kat lydia bukan sebab muka tapi sebab duit. I know at that time, kalu pakai kereta…. u anak somebody. Tapi me kenal akmal sebelum dpt kereta lagi. Kiteorg bercinta siap naik bas hokeh.

Tapi apa2pon kiteorg dah berjaya mengharungi semua ranjau n cobaan n now kiteorg telah dikurniakan seorang putera yang comel lagi tembam….bernama Baby Muhammad Rayyan Harris bin Akmal. Lambang cinta kiteorg selama 6 tahun dan berkahwin selama 10 bulan (masa mengandungkan baby rayyan). Orang kata bercinta lama2 nih tak baik tapi kalu niat ikhlas Allah pon tahu.

Neither of us expect that we would be this for so long. We tot of having couple of month or at most for 1 year. But, things were not as our plan right…so let the thing flow. Jgn mengharap sangat dlm perhubungan. That is what my father always remind us. My father jenis yang tak suka tgk anak perempuan dia tangkat cintan sangat. Dia lebey suka kalu anak perempuan dia kawen umo 30 atau tak yah kawen langsung sebab dia kata dia masih kuat utk sara anak2 dia. Dia anggap anak perempuan dia masih umo 18. Tapi kalu anak lelaki dia suruh cepat2 keluar rumah :) ).